CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 22, 2012

tawaf movement watch TEASER

TAWAF MOVEMENT WATCH RM95 ONLY




didatangi dengan dua tulisan jawi dan rumi(katalog jam next entry..tunggu!!!)

eco green tote bag

Jam tangan ini lain daripada yang lain sebab:
  • pusingan jarum minit dan saat bergerak mengikut pergerakan tawaf kaabah
  • dapat mengawal keseimbangan darah dan merangsang otak kiri berfikir
  •  Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
  • Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata
-
RASIONAL MENGIKUT FITRAH




“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

  Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf.





Atlet olahraga juga berlari pada arah Tawaf  kerana mempunyai hubung kait dengan kecepatan semasa berlari


      Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).


Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf


Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf

      Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.


Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf



Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf

    Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.

Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf.


Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.

        Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah  TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.



44. Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.(Al-Ankabut, 29:44)





    Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.




     Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.





    Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf, secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

     Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf . Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang...

Tuesday, November 20, 2012

BERAKTIF KEMBALI

Salam,

Sudah lama menghilangkan diri dan tidak aktif berniaga perlu utamakan keluarga dahulu(",) .Sudah tambah seorang lagi cahaya mata. Kini 2 sudah putera dalam keluarga. Insyaallah akan aktif kembali dan doakan dimurahkan rezeki. Amin

Darwisy dan Dayyan

Tuesday, March 29, 2011

neW desigN handbaG hanger,haRga bikin Juling maTa!!!!

HAndbag hanger new design dgn harga yg sgt berbaloi!!!1st come,1st serve..very limited

RM25 = RM15 OnLy!!

Ok,maybe still ramai yg tatau pasal handbag hanger niekan dan cara penggunaannya. Handbag hanger nie sgt berguna utk menggantung handbag kite especially kt kedai mkn ker,kt ofis ker,kt skola ker(cekgu2,hehe),mase g dinner ker..yerla handbag kan mahal2 sume,kang letak bawah rosak laks(",)

Senang jer cara nk pakai:
-Mula2 unroll handbag hanger nie
-then da bole gantung..TADAAA

Vogue handBAg hanGer(without mirror)
(klik picture utk lebih jelas)

 Pink
 BLack and white PolkAdot

 Handbag HAnger with mirroR and keyChain
(klik picture utk lebih jelas) 

 


 BLue pLain
Red Plain

PurPle PlaiN
PurPle with Glow dust
 PurPle with Flower

 Red with floWer

 YeLLow with fLower
 *Ade lg satu warna TURQOISE with flower,pic da hilang..huuhu
**kasut handmade tuh nmpak sgt sexykan?kasut tu slalu org order utk jd favor box wedding @party..laen drpd yg laen *wink!!




Sunday, January 9, 2011

KoreAn cUtE cLip

Jadi lebih kreAtif and inovatif dgn cuTe cLip ni,mcm2 bole buat,gantung memo,clip nota,deco rumah n etc..MARI KEMBANGKAN MINDA!!!!

 Cow cLip 1 set RM2 only(1 set=2 pieces)

 Rainbow love cLip RM2

 Memo stand cLip RM3(choose green @ yellow)

 wooDen Love cLip 1 set RM2.50,termasuk tali gantung skali(1 set=6 pieces)

 fUnky cLip 1 set RM3 only!!termasuk tali utk gantung skali(1 set=5@6pieces)
*yg ni ade byk design


SET 5

SET 6

SET 7

SET 9

SET 10

SET 11

SET 12

SET 14

SET 18

SET 20

SET 22

SET 23